in ,

Buat Kuih Kaswi/Kasui Gula Merah Dengan Mudah. Semua Bahan Disukat Guna Cawan Metrik Sahaja.

Kuih Kaswi antara Kuih Tradisional yang boleh dikatakan ‘legend’ juga. Ia senang untuk didapatkan di gerai-gerai tepi jalan yang dijual pada waktu pagi. Murah pun murah harganya. 

Disebabkan musim PKP ini, jika kuih ini sudah untuk didapatkan buat anda, apa kata belajar buat sendiri di rumah. Daripada anda teringin lama kan, lebih baik puaskan keinginan dengan belajar buat sendiri. Mana tahu bila buat sendiri ini, kuih jadi bertambah sedap? Jom cuba!

Terima kasih Nawar Azhar untuk perkongsian resipi Kuih Kaswi Gula Merah ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung ubi

1 cawan gula merah yang timbang

3/4 cawan gula pasir (kalau suka manis lebihkan gula)

5 cawan air

3 sudu besar air kapur makan

2 helai daun pandan

Loyang 8×8 atau 9×9 (yang disapu sedikit minyak)

 

Cara membuat:

  1. Masukkan 1 cawan air, gula merah, gula pasir dan daun pandan ke dalam periuk, masak sampai gula larut dan mendidih, tutup api kemudian sejukkan.
  2. Dalam bekas yang lain, satukan tepung gandum dengan tepung ubi, kacau rata.
  3. Masukkan larutan gula merah tadi, baki 4 cawan air serta air kapur, kacau lagi hingga adunan sebati. 
  4. Pastikan tepung tidak berketul.
  5. Tapis adunan ke dalam periuk, masak sekejap atas dapur, api kecil sehingga naik wap (adunan hendaklah sentiasa di kacau).
  6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah di oles dengan sedikit minyak.
  7. Apabila air kukusan sudah betul-betul mendidih, kukus selama 30 minit atau sehingga kuih betul-betul masak. Pastikan guna api yang besar.
  8. Sejukkan kuih terlebih dahulu dan sebelum dipotong dengan pisau plastik yang telah di oles dengan sedikit minyak.

*Nak pastikan kuih dah masak, cucuk dengan lidi satay, bila lidi ditarik keluar bersih, tu tandanya kuih sudah masak dengan sempurna.

**Jika ada air bertakung atas permukaan kuih, kukus tanpa penutup selama 5-10 minit sampai permukaan kuih kering dan tidak berair.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nawar Azhar (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0