fbpx

Buat Kuih Lapis Guna Sukatan Cawan Je. Buat Warna Warni Baru Cantik Dan Ramai Yang Tertarik Nak Makan.

iCookAsia

Kuih Lapis ini memang tidak asing lagi sangatlah mudah untuk dibuat. Sebab apa? Teknik memasak hanya dengan kukus sahaja. Tetapi, apa yang buat lebih senang apabila seorang pengguna Instagram ini kongsikan resipi yang bahannya menggunakan sukatan cawan sahaja. Kemudian, tengok sahaja lah hasil warna warni ini. Cantik kan?

Terima kasih dapurkakzura untuk perkongsian resipi Kuih Lapis ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung beras (cap teratai)

1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung jagung

3/4 cawan gula (nak manis boleh tambah)

1 kotak santan 200ml

3 cawan air

Sedikit garam

Pewarna ikut suka

Cara membuat:

  1. (Kecuali pewarna) satukan bahan atas sampai sebati.
  2. Tapiskan dan bahagikan adunan sama banyak. Pewarnakan ikut suka.
  3. Dengan menggunakan loyang yang bersaiz 7 atau 8 inci, sapu sedikit minyak. Lapik dengan plastik.
  4. Air kukusan betul-betul mendidih. Tuang lapisan 1, kukus selama 7 minit. Untuk lapisan 2 dan seterusnya juga kukus 7 minit
  5. Lapisan akhir pula, kukus selama 15 – 20 minit.
  6. Biar betul-betul sejuk, barulah boleh dipotong.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: dapurkakzura (Instagram)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x