fbpx

Buat Kuih Tradisional Perisa Lain. Kuih Lapis Labu Ini Memang Sedap Betul. Mesti Rasa Nak Tambah.

iCookAsia

Kuih tradisional, Kuih Lapis. Siapa sahaja yang tidak suka akan kuih yang sangat popular dijual di gerai tepi jalan pada waktu pagi ini, betul tak? Tetapi kali ini, Admin mahu kongsikan perkongsian resipi daripada seorang pengguna Facebook ini di mana beliau membuat Kuih Lapis menggunakan perisa atau bahan adunan yang berlainan seperti biasa. Iaitu, Kuih Lapis Labu. Jom cuba!

Terima kasih Khomisah Komtom untuk perkongsian resipi Kuih Lapis Labu ini 🙂

Bahan A

2 cawan air

1 1/4 cawan gula

1/2 sudu kecil garam

1 helai daun pandan disimpul

Bahan B

2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung beras

1/4 cawan tepung jagung

2 1/2 cawan santan

Bahan C

1/2 cawan santan pekat

Bahan D

1 cawan labu rebus or kukus dan dihaluskan

Cara membuat:

  1. Masak bahan A hingga gula larut (masukan daun pandan simpul). Sejukan ketepikan dulu.

Dalam mangkuk lain, satukan bahan B. 

  1. Gaul rata dan masukan bahan A.
  2. Setelah sebati masukan ke dalam blender. Kemudian tapiskan adunan dan bahagi pada 2 bahagian. 
  3. Satu bahagian masukan santan dan satu bahagi lagi masukan labu.
  4. Panaskan kukusan dan alaskan loyang dengan plastik.
  5. Masukan adunan labu dan kukus selama 10 minit.
  6. Lapiskan pula adunan santan. Kukus selama 7 minit.
  7. Ulangi sehingga habis, setiap lapisan 7 minit dan lapisan terakhir 20 – 25 minit. Guna api sederhana supaya permukaan kuih licin dan cantik.
  8. Biarkan kuih betul-betul sejuk barulah dipotong menggunakan pisau plastik.

*Kalau nak kurang manis kurangkan sukatan gula.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Khomisah Komtom (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x