fbpx

Buat Kuih Tradisional Yang Diminati Ramai, Kuih Puteri Mandi. Sedap…

iCookAsia

Kuih Puteri Mandi antara kuih tradisional yang terkenal di negara kita. Dan ianya berasal dari negeri Pantai Timur. Memang manisan ini menjadi kegemaran orang Pantai Timur, betul tak? 

Kalau anda bukan orang Pantai Timur pun boleh buat. Jom kita pelajari adat-adat tradisi daripada negeri-negeri lain. Baru seronok. 

Terima kasih Norazah Ab Rajak untuk perkongsian resipi Puteri Mandi ini 🙂

Bahan-bahan untuk Doh:

2 cawan tepung pulut *

2 sudu besar tepung  gandum *

Sedikit pewarna hijau

Secubit garam *

Air pandan secukupnya

(Kisar 4 atau 5 helai pandan)

Bahan untuk Inti:

1/2 biji kelapa parut putih

1 cawan gula merah

1/2 cawan air

2 sudu besar gula pasir 

2 helai pandan (disimpul)

Cara membuat:

  1. Dalam mangkuk,satukan bahan bertanda (*)
  2. Masukkan air pandan sedikit-sedikit.
  3. Sebatikan hingga jadi doh.
  4. Bulat-bulat doh, tekan sedikit di tengahnya hingga berlekuk.
  5. Didihkan air dan masukkan doh.
  6. Masak sehingga timbul.
  7. Angkat toskan.
  8. Masak kesemua bahan inti.
  9. Akhir sekali, masukkan kuih dan gaul rata sehingga sebati.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Norazah Ab Rajak (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x