in

Buat Maggi Mamee Ghost Pepper VIRAL Ini Versi Tak Pedas. Confirm Korang Suka Punya!

Mamee Ghost Pepper ini memang dah VIRAL lama. Banyak sangat challenge yang sudah di buat. Tetapi, ada tak disini yang nak cuba tapi takut sebab pedas sangat? Jangan risau, untuk segment Resepi Viral kali ini, Qilla kongsikan cara memasak Maggi Goreng Mamee Ghost Pepper versi yang tidak pedas sangat. Apa tunggu lagi, jom cuba!

Bahan-Bahan:
2 cawan Maggi Ghost Pepper
Air untuk merebus
8 ekor Udang Sedang – dibuang kulit dan urat
2 biji Bawang merah – dihiris
1 ulas Bawang putih – dihiris
¼ labu Bawang besar – dihiris
½ batang Lobak Merah – dipotong julienne
1 biji Telur – dipukul
3 sudu besar Sos tomato
2 sudu besar Kicap manis
1 sudu besar Sos tiram
Minyak untuk menggoreng
1 batang Daun Bawang – dihiris

Cara Membuat:
1. Rebuskan maggi Ghost Pepper. Setelah lembut, toskan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
3. Masukkan lobak merah, masak sehingga lembut.
4. Masukkan sos tomato, kicap manis, sos tiram dan 1 paket sos Ghost pepper. Gaul sebati.
5. Kemudian, masukkan udang dan masak sehingga bertukar warna. Letak sedikit air jika perlu.
6. Masukkan telur. Kacau sebati.
7. Akhir sekali, masukkan maggi dan kacau rata.
8. Taburkan daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.

Jom dapatkan barangan dapur di – https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0