fbpx

Buat Mee Bandung Dengan Cara Mudah. Tak Rasa Susah Dah Nak Buat Hidangan Popular Dari Muar, Johor Ni.

iCookAsia

Mee Bandung ini antara Top 5 menu yang menjadi kegemaran ramai di Muar, Johor. Kalau anda datang Muar, rugi betul kalau tak cuba. Tetapi, memandangkan musim PKPB sekarang ini dan pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan, jadi tak dapatlah untuk melancong kan?

Jangan risau. Disini seorang pengguna Facebook sedia untuk memenuhi selera Muar anda. Nampak daripada hidangan ini macam sedikit susah tapi sebenarnya simple sahaja. Jom try!

Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Mee Bandung ini 🙂

Bahan-bahan:

Mee Kuning (dicelur)

Ayam / Daging / Udang

1/4 sudu teh maggi cukup rasa (Optional) 

1/2 sudu teh Garam dan 1 sudu besar Gula

3 Sudu besar sos cili

1 biji telur

1 sudu besar tepung jagung (Bancuh dengan air)

Sayur (sawi, carrot, kubis)

1 sudu besar pes cili kering yang di blend (Ikut kepedasan masing-masing)

2 ulas Bawang putih 

cili padi (optional)

Cara membuat:

  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang putih dan cili yang di blend. Kacau-kacau hingga pecah minyak.
  2. Masukkan Ayam / Daging / Udang, dan masukkan air (Agak-agak, jangan sampai cair). Biarkan mendidih selama 10-15 minit.
  3. Kacau-kacau rata, masukkan tepung jagung yang dicampur sedikit air.
  4. Biarkan mendidih lagi, masukkan telur (pecahkan pada mangkuk lain dahulu). Selepas sudah masukkan telur, tak perlu kacau untuk elak telur pecah. Biarkan kuah mendidih.
  5. Masukkan garam dan perasa (optional). Gula dan sos cili.
  6. Akhir sekali, masukkan sayur  dan cili padi.
  7. Biarkan kuah mendidih dan pekat selama 5 minit dan tutup api.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x