in ,

Buat Mee Kuey Teow/ Hor Fun Secara Homemade. Guna 3 Bahan Je!

Kalau kita nak masak hidangan Kuey Teow ini, Admin pasti anda hanya dapatkan yang segera di pasaraya kan? Tapi pernah tak terfikir nak buat sendiri ataupun homemade?

Memang best tau kalau buat sendiri ni. Rasa segar dan selamat untuk guna dalam masakan. Jom cuba!

Terima kasih Ida Alina Salleh untuk perkongsian resipi Kuey Teow Homemade ini 🙂

Bahan-bahan:

250 gm tepung beras

60 gm cornstarch

Air 600 ml

Cara membuat:

  1. Panaskan pengukus. Sambil itu boleh campurkan semua bahan.
  2. Curah adunan ke dalam bekas non-stick (tak minyak kan). Buat sikit-sikit. 

*Adunan ni boleh dapat banyak juga dan cukup untuk 4 orang sekali makan.

  1. Kukus beberapa minit pada api besar.
  2. Apabila nampak adunan dah berkedut, keluarkan dan letakkan acuan dalam bekas berisi air sejuk.
  3. Kopek keluarkan. Kalau tepi tu macam melekat, boleh guna pisau butter untuk lekangkan sikit sebelum dikopek. Letak atas pinggan dan sapu sedikit minyak. Potong. 

*Boleh digunakan untuk masak seperti biasa. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ida Alina Salleh (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.