fbpx

Gadis bersuara merdu ini kongsikan Resipi Pasta ‘Gigi Hadid’ yang Berlemak & “Rasa macam Pizza”!

iCookAsia

Baru baru ini, pemilik akaun Twitter Bella telah kongsikan resipi pasta ala “Gigi Hadid” hasil ubah suai dan citarasa beliau. Alang-alang duduk rumah dan tak dapat ke restoran kegemaran, boleh la anda cuba resipi inspirasi daripada model antarabangsa yang terkenal iaitu Gigi Hadid.

Buat sendiri pasta rasa ala Hollywood. Amacam?

https://twitter.com/bellabellubells/status/1321686218002714625

Terima kasih Bella Salleh untuk perkongsian resipi video “Gigi Hadid” pasta ini 😀

Cadangan hidangan: 2

Bahan-bahannya:
Minyak zaitun
2 bawang kecil merah
2 ulas bawang putih
½ cawan tomato puri
2 biji cili padi
1 cawan krim masakan
2 tsp chilli flakes
2 tsp basil
1 tsp paprika
1 tsp garam
Sedikit gula
1 tsp lada hitam
2 cawan pasta
½ cawan parmesan cheese
2 tbsp butter

Cara memasak:


1. Tumis 2 biji kecil bawang merah dan 2 ulas bawang putih yang telah dipotong cincang dengan minyak zaitun.

2. Kemudian, masukkan ½ cawang tomato puri. Gaul sebati dan selepas itu masukkan 2 biji cili padi. Tumis sehingga naik bau.

3. Masukkan 1 cawan krim masakan. Menurut Bella, anda boleh gunakan mana-mana krim untuk masak yang boleh buat kuah pasta ni menjadi berlemak.

4. Masukkan semua rempah (chili flakes, basil, paprika, lada hitam, garam dan sedikit gula). Kacau sehingga sebati.

5. Apabila sudah mendidih, masukkan pasta mengikut pilihan anda. Untuk resipi pasta “Gigi Hadid” ini, Bella sarankan untuk menggunakan pasta jenis Fettuccine atau Penne.

6. Akhir sekali, masukkan 1/2 cawan parmesan cheese and 2 tbsp butter.

7. Pasta “Gigi Hadid” siap untuk dihidang!

Tips daripada Bella di akaun memasak Instagram beliau: Kalau anda tak suka kuah pasta bertekstur creamy, boleh tambah ¼ cawan air rebusan pasta atau air suam kedalam masakan ini.

Jangan lupa untuk try masak di rumah!

Kredit resipi, video dan gambar: Bella Salleh (Twitter) , missbella.kitchen (Instagram)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x