in ,

Buat Pisang Goreng Lain Daripada Biasa. Pisang Goreng Ala Thai Sedap Rupanya. Lagi Sedap Kalau Makan Panas-Panas.

Pisang goreng antara hidangan yang digemari ramai pada waktu tengahari dan petang. Paling senang untuk dapatkannya di gerai tepi jalan lah. Murah dan kebanyakkannya rangup. Bila rangup tu part paling best kan. 

Tetapi, pernahkah anda jumpa atau makan pisang goreng ala thai? Admin pertama kali jumpa dan cuba pisang goreng ini dah jatuh cinta. Sedap dia lain macam lah. Jom cuba!

Terima kasih Syana Anuya Manmad untuk perkongsian resipi Goreng Pisang Ala Thai ini 🙂

Bahan-bahan:

5 ke 6 biji pisang (pisang nangka)

1 cawan tepung beras

¼ cawan gula

½ cawan air (letak sedikit demi sedikit, dan jangan cair sangat)

Sedikit garam

½ sudu kecil baking powder

⅓ cawan kelapa parut (optional)

Sedikit santan 

1½ sudu besar bijan

**Nak sedap lagi boleh tambah 2 sudu besar margerin yang dicairkan

Minyak untuk menggoreng

Cara membuat:

  1. Campur semua bahan di atas kecuali pisang dan jadikan bancuhan macam nak buat goreng pisang biasa.
  2. Sebiji pisang tadi boleh belah kepada beberapa keping mengikut saiz pisang. Celup ke dalam bancuhan tepung. Kemudian, goreng seperti biasa dalam minyak yang panas tetapi api jangan kuat. 

*Kalau nak buat banyak, gandakan bahan-bahannya.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Syana Anuya Manmad (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.