fbpx

Buat Puding Kastard Roti Dan Jagung Dengan Mudah. Lemak Berkrim, Pasti Anak-Anak Suka.

iCookAsia

Kebiasaannya, bila kita dapatkan tin jagung manis ini, ramai yang membuat untuk inti Apam Balik ataupun Puding Kastard Jagung. Tetapi, bagi seorang pengguna Facebook ini, beliau mendapat idea untuk menambah Roti dalam hidangan ini. Jadi, terhasilnya Puding Kastard Roti Jagung. 

Haa, kalau anda nak tukar warna lain ikut citarasa anda pun boleh tau!

Terima kasih Asrinna Bakri untuk perkongsian resipi Puding Kastard Roti Dan Jagung ini 🙂

Bahan-bahan:

3 keping roti putih

½ tin susu cair

1 biji telur

1 ½ sudu besar tepung kastard

1 sudu kecil esen vanila

½ tin jagung manis

¾ cawan gula

700ml air

1 pek / 10g serbuk agar-agar

Pewarna kuning, oren dan hijau

Cara membuat:
1. Gris atau sapu nipis marjerin didalam bekas acuan pudding.
2. Buang kerak tepi roti. Kemudian, potongkan roti kepada kiub kecil.
3. Kisar halus potongan roti, susu cair, telur, tepung kastard, esen vanilla, jagung manis dan gula. Kisar bahan sehingga betul-betul halus.


4. Masak air dan serbuk agar-agar. Kerapkan mengacau supaya adunan tidak berketul.

5. Bila agar-agar sudah larut, masukkan bahan kisar dan masakkan dengan api yang perlahan. Gaul sehingga adunan menjadi pekat dan mendidih.


6. Bahagikan kepada tiga adunan untuk diletakkan pewarna. Adunan dijadikan warna oren, kuning dan hijau.


7. Masukkan adunan yang pertama iaitu yang berwarna oren. Ratakan adunan tersebut didalam bekas pudding. Masukkan kedalam peti sejuk sehingga agar-agar oren sejuk dan keras.


8. Ulang langkah untuk lapisan berwarna kuning dan hijau. Selesai ketiga-tiga lapisan, sejukkan puding dalam masa anggaran 3 jam.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Asrinna Bakri (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x