fbpx

Buat Pulut Mangga Dengan Mudah. Kalau Ikut Step by Step, Takkan Rasa Susah Punya. Sedap Pun Sedap.

iCookAsia

Hidangan pulut mangga ini memang sangat terkenal, lebih-lebih lagi di kedai makan yang juga menghidangkan masakan Thai. Pencuci mulut yang senang juga untuk didapatkan. Tetapi, kalau di tempat anda sukar untuk dapatkan, boleh cuba buat sendiri je di rumah. 

Mungkin anda nampak susah untuk buat, tetapi sebenarnya sangat mudah. Ikut sahaja perkongsian resepi daripada seorang pengguna Facebook ini, Pulut Mangga anda pasti menjadi. 

Terima kasih Norazah Ab Rajak untuk perkongsian resipi Pulut Mangga ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan beras pulut

1 cawan santan cair

Sedikit garam

2 biji mangga

1 cawan santan pekat

1 sudu tepung jagung

3 sudu gula pasir

Garam secukup rasa

Cara membuat:

  1. Kukus pulut bersama santan cair dan sedikit garam sehingga masak.

Untuk kuah:

  1. masukkan santan pekat, tepung jagung, gula pasir dan garam ke dalam periuk masak sehingga sebati dan sedikit pekat.
  2. Letak pulut yang sudah masak ke atas pinggan dan bentukkan bulat.
  3. Hidang bersama kuah dan hirisan mangga.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Norazah Ab Rajak (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x