fbpx

Buat Pulut Udang Homemade. Nikmat Di Makan Panas-Panas.

iCookAsia

Hidangan Pulut Udang yang istimewa ini tidak begitu susah untuk buat. Perlukan bahan yang tepat, barulah dapat hasil yang sangat sedap. Juga dikenali dengan nama Pulut Panggang, hidangan ini biasanya dijual di gerai-gerai tepi jalan. Tetapi, memandangkan pada musim PKP ini, untuk mengurangkan pembelian makanan di luar, apa kata kita sediakan Pulut Udang ini sendiri. Ikuti resepi dibawah untuk hasilnya sungguh sedap. 

Terima kasih Siti Hadirah untuk perkongsian resipi Pulut Udang ini 🙂

Bahan-bahan:

3 cawan beras pulut (guna pulut susu pun boleh)

2 cawan santan

½ sudu kecil garam

Caranya:

  1. Rendam beras pulut 2/3 jam. Basuh dan toskan.
  2. Panaskan air kukusan sehingga mendidih, masukkan beras pulut, santan dan garam ke dalam loyang.
  3. Kukus selama 20 minit dan kacau rata. Boleh tambah lagi masa kukusan lebih kurang 8-10 minit.
  4. Apabila sudah habis kukus, sejukkan dahulu.

Bahan untuk Inti:

1 biji kelapa parut

1 biji bawang besar

2 ulas bawang putih

3 batang serai

Cili kering (agak-agak, kalau nak pedas boleh lebihkan)

Serbuk kunyit

Udang kering (segenggam dah cukup)

1 sudu besar jintan manis

½ sudu besar jintan putih

Cara membuat:

  1. Kisar bahan atas dulu sehingga halus. Kemudian baru masukkan udang kering, jintan manis dan jintan putih. Jangan kisar lama sangat, nanti hancur isi udang kering takut tidak sedap pulak.
  2. Tumis semua bahan kisar tadi menggunakan minyak sedikit sahaja.
  3. Letak gula dan garam siap-siap, agak kering air baru masukkan kelapa parut.
  4. Kacau sehingga sebati. Tutup api dan sejukkan.
  5. Daun pisang layur dulu, kemudian potong ikut saiz yang kita nak.
  6. Ambil pulut tadi letak atas daun pisang kemudian ambil inti letak di tengah. Balut cantik-cantik.
  7. Sudah selesai balut, boleh dibakar.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Hadirah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x