fbpx

Buat Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri Kahwin Pun Sedap Ni, Mudah Sahaja!

iCookAsia

Mesti ramai rindu nak makan Ayam Masak Merah Kenduri Kahwin kan? Boleh lah cuba buat resepi yang Admin nak kongsikan kali ini. Kalau rasa nak makan je, boleh terus buat. Mudah sahaja tau dan yang penting, rasa nya memang sedap.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Tengku RosElyza Raja Muhammad perkongsian resipi Ayam Masak Merah ini 🙂

Bahan-bahan:

1 ekor ayam potong-potong (lumur dengan garam dan kunyit serta goreng)

Cili kisar

Sos cili

Sos tiram

Tomato puree/sos tomato (Mana-mana boleh)

3-4 daun pandan (Disimpul, wajib)

1 biji kelapa (santan fresh, wajib)

Kalau tiada santan fresh, santan kotak pun boleh tapi guna 1/2 kotak kecil sahaja

3-4 labu bawang merah (kisar)

5 ulas bawang putih (kisar)

1 1/2 halia (kisar)

Bunga lawang, kayu manis

Minyak sapi (wajib)

3 batang serai

Cara membuat:

  1. Mula-mula, cairkan minyak sapi.
  2. Masukkan serai dan bunga lawang dan kayu manis.
  3. Tuangkan bahan kisar, masak sehingga naik bau dan kekuningan
  4. Seterusnya, baru masukkan cili kisar dan daun pandan, sos cili, tomato puree dan masak sehingga ia pecah minyak dan baru masukkan ayam goreng.
  5. Gaul sehingga sekata.
  6. Apabila pekat, tambah air sedikit dan kacau-kacau. Baru tuangkan santan fresh.
  7. Letak garam dan gula secukup rasa.
  8. Akhir sekali, masak sehingga mendidih dan pekat. Tutup api.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Tengku RosElyza Raja Muhammad(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x