fbpx

Buat Roti Burger Guna Resepi Donut Je. Tanpa Bread Mixer Pun Boleh Buat!

iCookAsia

Kalau anda teringin nak hidangan Burger di gerai tepi jalan atau Burger seperti McDonalds atau KFC, mesti anda dapatkan Roti Burger yang sudah siap kan? Senang beli banyak terus. 

Tetapi pernahkah anda terfikir bagaimana caranya nak buat Roti Burger? Kalau buat sendiri mesti lagi best. Bahan pun selamat, kita sendiri tahu apa yang digunakan. 

Tiada bread mixer? Tiada loyang roti burger? Jangan risau. Jom ikut cara buat oleh seorang pengguna Facebook ini. Yang penting, ini dia cara kreatif! 

Terima kasih Cikgu Bibi untuk perkongsian resipi Roti Burger ini 🙂

Bahan-bahan:

500g tepung gandum

½ peket yis mauripan

2 sudu gula

2 sudu susu pekat

1 sudu teh garam

2 sudu marjerin

1 biji telur

3/4 cawan air

Cara membuat:

  1. Campurkan semua bahan kering. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sampai doh sedikit melekit. 

*Doh yang cantik tak akan melekat langsung, nanti rotinya keras. 

  1. Biarkan adunan setengah jam. Kemudian bahagikan dan bulat-bulatkan, masukkan dalam setiap bekas roti burger tu. Biar mengembang dalam 1 jam.
  2. Pecahkan sebiji telur, ambil kuningnya sahaja. Kacau-kacau dengan garfu dan sapukan atas permukaan roti. Kemudian taburkan bijan.
  3. Bakar pada suhu 170°C selama 15 – 20 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Cikgu Bibi (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x