fbpx

Buat Sandwich Ala Sushi. Memang Sesuai Sangat Untuk Sarapan Dan Bekal Anak Ke Sekolah.

iCookAsia

Hidangan Sushi ini daripada negara Jepun dan tak semua suka akan hidangan ini. Tetapi, pelbagai tempat dan penjual sudah mula membuat Sushi tetapi yang mengikut tekak orang Melayu. 

Seperti seorang pengguna Facebook ini, beliau telah kongsikan cara membuat Sandwich tetapi seperti cara hidangan Sushi. Memang sesuai sangat untuk dihidang pada Anak-anak. Makanan nampak lebih menarik dan kreatif ini mampu menaikkan mood anak-anak untuk belajar. Jom cuba!

Terima kasih Hidayati Hana untuk perkongsian resipi Sandwich Sushi ini 🙂

Bahan-bahan:

Roti gardenia (roll/ lenyek nipis dan buang tepi)

Lobak Merah

Timun Jepun

Tuna dalam tin

Scramble egg

Crabstick (digoreng sekejap)

Mayonis

Sos cili 

Cara membuat:

  1. Sediakan sekeping roti, gelek nipis dan potong tepinya.
  2. Letak inti tuna, scramble egg, crabstick.
  3. Letak timun dan lobak merah (dipotong memanjang).
  4. Roll kan roti hingga habis.
  5. Potong kepada dua bahagian.
  6. Letakkan sos dan mayonis.
  7. Tabur parsley flakes jika suka.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Hidayati Hana (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x