in ,

Buat Sendiri Di Rumah Roti Canai Sarang Burung. Guna Roti Frozen Je, Mudah dan Cepat.

Roti Canai Sarang Burung telah menjadi bualan ramai orang, lebih-lebih lagi yang biasa datang ke warung atau kedai makan di tepi jalan. Yang berlainannya Roti ini dimana ditengah tengah Roti mempunya dua biji telur goreng. Menarik kan? Seperti gambaran sarang burung yang mempunyai telur-telurnya. 

Jarang kita buat hidangan ni di rumah sendiri kan? Kalau anda tahu dan mahir untuk membuat roti canai di rumah, boleh buat dan ikut step bermula dengan memecahkan telur. Tetapi, jika anda tidak tahu membuat doh roti canai, jangan risau. Beli sahaja Roti Canai atau Prata Frozen. Jom cuba!

Terima kasih Nora Ha untuk perkongsian resipi Roti Canai Sarang Burung ini 🙂

Bahan-bahan:

5 keping roti prata/canai frozen 

5 biji telur 

1 sudu kecil minyak masak

1 tangkai daun bawang (optional) 

1 senduk kari daging cincang (optional)

 

Cara memasak:

  1. Potong roti prata dan lipat sampai berlubang tengah.
  2. Letakkan sedikit minyak, masak roti prata sehingga garing @ masak.
  3. Pecahkan telur dibahagian tengah yang berlubang. Pastikan telur dipecahkan dengan perlahan, agar kuning telur tidak pecah. Dengan api perlahan, biarkan telur dimasak seketika. Angkat dan letak prata di atas pinggan.
  4. Taburkan hirisan daun bawang dan letakkan kari daging cincang. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nora Ha (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0