Sekolah dah dibuka kembali. Para ibu pun dah mula rutin menyediakan bekal untuk anak-anak. Maklumlah, pada musim pandemik ini, ibu-ibu risau kalau anak beli makanan diluar kan? Jangan risau, disini Admin kongsikan resipi idea yang boleh para ibu buat dan bawa pada anak anak iaitu Sushi Roti.
Terima kasih Umi Watie untuk perkongsian resipi Sushi Roti ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan-bahan
Roti
Telur
Mayonis
Sos cili
Bijan
Aneka sayur
Cara membuat:
1. Roti tawar dipotong tepi dan digelek seperti dalam gambar.
2. Untuk 5 keping roti, cukup 2 biji telur. Kalau lebih roti sila gandakan bilangan telur. Guna kuali anti lekat. Tak guna minyak atau mentega.
3. Masukkan telur dalam kuali yang sudah dipanaskan. Kacau sampai jadi macam scramble egg.
4. Masukkan 1 sdm sos cili dan 1 sdm mayonis.
5. Sediakan semua bahan. Ada sayur, ada telur, mayonis, sos cili dan bijan. Susun seperti dalam gambar dan gulungkan ketat-ketat. Gamkan dengan guna mayonis.
6. Dah siap semua, susun dalam bekal atau piring.
7. Picitkan mayonis. Buat lah corak macam mana pun. Janji cantik. Picitkan juga sos cili.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Umi Watie (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/