fbpx

Buat Tauhu Sendiri Di Rumah. Menarik Bila Tahu Cara Buat Yang Sebenar. Rasa Homemade Yang Lebih Sedap.

iCookAsia

Dimana lagi tempat yang kita akan dapatkan bahan basah Tauhu ini kalau bukan di kedai runcit atau pasaraya, betul tak? Tetapi pernahkah anda terfikir cara yang sebenar untuk menyediakan Tauhu ini? 

Jom belajar cara membuat daripada seorang pengguna Facebook ini. Mungkin, kalau anda sudah mahir nanti boleh buat jualan?

Terima kasih Kak Zai untuk perkongsian resipi Tauhu ini 🙂

Cara penyediaan:


1. Rendam kacang soya semalaman. Kisar dan selepas itu tapis (boleh guna kain yang sama juga).


2. Masak, apabila sudah mendidih, masukkan cuka makan, 1kg kacang, 1 senduk gulai dan kacau sebati.


3. Biarkan dan tunggu sampai naik berkeladak (berketul-ketul).

4. Sediakan bekas dulu, raga plastik dan alaskan dengan kain yang diguna untuk tapis air soya tadi.

5. Sauk la dengan senduk berlubang sampai habis. Kalau ada baki sikit-sikit lagi, tuang dalam penapis teh sahaja.


6. Apabila sudah siap lipat kain itu kiri/kanan, ambil plastik pemotong sayur, letak keatas dan tindih dengan lesung batu. Ataupun bata simen.

*Jangan terlalu berat, nanti isi tauhu keras. Kalau ringan sangat pula, nanti hancur bila potong.

*Bila sudah sejuk, boleh potong dan letak dalam air. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Kak Zai (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x