fbpx

Buat Tom Yam Siam Dengan Bahan Yang Mudah Untuk Didapati. Tambah Susu Cair Untuk Rasa Yang Berlemak.

iCookAsia

Siapa sahaja yang tidak gemar akan hidangan Tom Yam. Sudah banyak restoran yang menghidangkan Sup Tom Yam ala Thai. Rasa ala Thai ini lebih berlemak dan lebih berkrim. Kadang-kadang, kita tidak mahu untuk buat sendiri di rumah, nak juga makan di restoran kegemaran. Sebab nak nikmati tomyam ala thai yang original. 

Tetapi, apakan daya pada musim PKP ini, restoran pula dibuka sehingga pukul 8. Tak perlu risau, Admin kongsikan resepi di sini, Tom Yam Siam daripada seorang pengguna Facebook. Rahsia hidangan sedap, sudah pasti dengan meletakkan susu cair supaya rasanya lebih berlemak. Jom cuba!

Terima kasih Fairuz Abu Hassan untuk perkongsian resipi Tomyam Siam ini 🙂

Bahan-bahan:

Ayam (ikut anda nak letak banyak mana, ambil bahagian isi sahaja boleh). Kalau ada yang nak tambah sotong, udang, daging pun boleh

Tomato 3 biji* (nak kurang pun boleh)

Bawang besar 2 biji* (kalau taknak kuah likat sangat boleh letak sebiji je)

Bawang putih 2 ulas*

Halia dalam suku inci diketuk

Serai 2 batang diketuk (nak letak lebih pun boleh)

Perencah Tomyam sepeket (nak letak lebih boleh ikut citarasa masing-masing)

Asam keping 6 keping (nak masam lebih boleh letak lebih)

Lobak merah dalam setengah batang, dipotong nipis (boleh campur apa-apa jenis sayur yang anda suka)

Susu cair dalam 1 cawan. Nak letak dalam suku cawan pun ok. Perisakan ikut citarasa anda, sama ada nak rasa lemak atau kurang lemak.

Cara memasak:

1. Kisar bahan yang bertanda (*).

2. Tumis dulu serai dan halia yang diketuk. Biar sedikit garing.

3. Masukkan bahan kisar, masak biar agak sedikit kering.

4. Masukkan perencah Tomyam, ayam, asam keping dan lobak merah. Biar mendidih sekejap.

5. Masukkan susu dan perisakan dengan garam dan perasa.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Fairuz Abu Hassan (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x