in ,

Bubble Rice Choco Bar Homemade. Boleh Guna Resepi Yang Sama Untuk Buat Chocojar, Cuma Tambah Minyak Sahaja.

Bubble rice chocojar sudah menjadi kebiasaan. Tetapi, adakah anda tahu, dengan menggunakan resipi dan bahan yang sama boleh juga menghasilnya bubble rice dalam bentuk choco bar juga? Sesuai untuk dihidang untuk anak anda yang teringin untuk makan coklat. 

Terima kasih Nenie Suehoney untuk perkongsian resipi Bubble Rice Choco Bar ini 🙂

Bahan-bahan:

500 gm chocolate masakan (Cadangan jenama: Milk Compound Beryl’s)

25ml Minyak masak Untuk coklat cepat cair (optional

Bubble rice secukupnya

*boleh juga letak kan kismis atau kekacang

Cara penyediaan:
1. Bakar (di dalam ketuhar) bubble rice pada suhu 120°c selama 10 minit lebih kurang atau sehingga rangup. Kemudian, ketepikan.
2. Menggunakan teknik double boil, masukkan chocolate masakan dan biarkan sehingga cair sepenuhnya.
3. Kemudian, masukkan minyak masak dan kacau hingga sebati.

4. Masukkan sedikit coklat ke dalam tempat acuan atau cetak.

5. Tabur bubble rice ke atasnya. Jangan tekan.


6. Selepas itu, tuang coklat masakan, keatas bubble rice tadi sehingga menutupi keseluruhan permukaan. Hentak-hentak sedikit tempat acuan untuk ratakan.

*pastikan coklat suam-suam kuku sebelum tuang ke atas bubble rice untuk elakkan lemau.

7. Boleh simpan ke dalam peti sejuk bahagian chiller seketika. Dah sejuk atau beku, boleh keluarkan dari tempat acuan dan sedia untuk di makan.

“Sue letak minyak masak sedikit, jadi nanti selepas beku, chocolate bar yang terhasil tidak terlalu keras. Just nice macam kita beli di kedai..”

Menarikkan resipi ini? Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nenie Suehoney (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0