fbpx

Bubur Asyura Utara Sempena Bulan Muharram. Sedapnya.

iCookAsia

Nampaknya ramai yang sudah mula berpuasa pada 9 dan 10 Muharram kan? Apa kata kita lengkapkan dengan Bubur Asyura. Menurut perkongsian Norhamidah Abdul Hamid, bubur asyura merupakan bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura.

Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jadi jika terlebih atau terkurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. Setiap negeri di Malaysia mempunyai versi berbeza rasa dan ramuan dan ada pelbagai cara untu menyediakannya.

Resipi ang dikongsikan ini merupakan resipi asal Dapoq Ibu yang dikongsikan kembali oleh Norhamidah Abdul Hamid.

 

Bahan A :

1 kg Tepung beras

1 1/2 kg Gula pasir – boleh dikurangkan jika tidak suka manis

½ kg Gula merah

1 kg Santan

1 tin Susu cair

200 gm Sagu putih

Beberapa helai daun pandan

Garam secukup rasa

 

Bahan B :

Pisang awak

Ubi keledek

Jagung

Kacang hijau

Kacang merah ABC

**boleh tambah lagi bahan lain

 

Penyediaan Awal:

  1. Pisang dibuang kulit dan dipotong dadu
  2. Ubi keledek dibuang kulit dan dipotong dadu.
  3. Semua bahan B direbus secara berasingan sehingga empuk kecuali keledek direbus ¾ empuk dan jangan sampai hancur. Kemudian toskan.
  4. Sagu direndam sehingga kembang, kemudian dibersihkan dan ditoskan.
  5. Bancuhkan tepung bersama air.
  6. Masak gula merah dan gula putih di dalam periuk. Masukkan air secukupnya dan dididihkan sehingga gula larut dan kemudian tapiskan.

 

Cara :

  1. Satukan tepung beras, susu cair, pati santan, larutan gula dan garam di dalam bekas. Gaulkan sehingga sebati dan tapis. Selepas itu masukkan ke dalam periuk atau kuali besar dan kacau di atas api sehingga setengah pekat.
  2. Masukkan bahan B satu per satu dan kacau sehingga dengan sebati.
  3. Untuk memastikan adunan masak dengan sempurna, ambil sedikit adunan dan letakkan di atas piring. Biarkan ia sejuk dan golekkan adunan di atas piring. Sekiranya tidak melekat, bermakna ia telah masak.
  4. Jangkaan masa memasak Bubur Asyura ialaha dua hingga tiga jam.

Kredit resipi & foto : Dapoq Ibu

Terima kasih Norhamidah Abdul Hamid di atas perkongsian.

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x