fbpx

Bubur Ayam Ala McDonalds, Sedap Di Makan Untuk Sarapan Pagi

iCookAsia

Bubur sering dimakan oleh orang ramai terutamanya ketika mereka tidak sihat seperi demam. Bukan itu sahaja, bubur telah diolah kepada pelbagai variasi untuk menambahkan lagi keenakan bubur itu yang tersendiri.

Kalau dapat makan dengan telur masin pun sedap ni. Jom kita try.

Terima kasih Uwan Nolly Epin  untuk perkongsian resipi Bubur Ayam Ala McDonald ini 🙂

Bahan-Bahan:

2-3 keping dada ayam

1 1/2 pot beras (Dicuci dan toskan)

1 1/2 inci halia (Dihiris-hiris nipis seperti mancis api)

2 kiub ayam maggi

Air secukupnya

Minyak bijan

Daun bawang (Dihiris)

Carrot (Dipotong dadu)

Maggi cukup rasa

Lada merah (Untuk hiasan )

1 sudu kecil lada sulah (Optional)

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, didihkan air secukupnya dan rebus ayam sehingga empuk.
  2. Seterusnya, masukkan kiub ayam maggi.
  3. Apabila ayam sudah masak, keluarkan dan toskan.
  4. Masukkan beras dan masaklah sehingga beras kembang.
  5. Masukkn carrot dan kalau nk masukkan fish cake yang dipotong dadu pun sedap juga.
  6. Sementara masak bubur itu, carik-carikkan ayam tadi.
  7. Apabila bubur sudah hampir masak, masukkan halia. Rasakan garamnya. Kalau tidak cukup masin, masukkan maggi cukup rasa.
  8. Kemudian, kalau suka ada rasa pedas-pedas sikit, masukkan 1 sudu kecil lada sulah.
  9. Akhir sekali, masukkan sebahagian dari ayam carik tadi ke dalam bubur dan gaulkan bagi sebati. Tutup api.

Untuk hidangan:

  1. Masukkan bubur ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan ayam yang dicarikkan tadi.
  2. Tabur bawang goreng dan cili merah.
  3. Kalau suka titiskan sedikit minyak bijan dan siap untuk dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Uwan Nolly Epin(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x