in ,

Bubur Chacha Homemade Yang Menggamit Memori Lama Bersama Keluarga. Kalau Buat Guna Tepung Gandum Lagi Sedap!

Bubur Chacha atau juga dipanggil dengan nama Bubur Gunting oleh seorang pengguna Facebook ini telah membuat ramai orang teringat pada masakan ini daripada ibu bapa mereka sendiri. Menggamit memori betul ye bubur chacha ni. 

Ada juga yang berkata tak sempat belajar dengan ibu bapa. Tapi, jangan risau. Ikut resipi di bawah ini, dan boleh olah sendiri rasa nya mengikut citarasa masing-masing. 

Terima kasih Mas Ryana untuk perkongsian resipi Bubur Chacha Homemade ini 🙂

Bahan-bahan:

Tepung Gandum

Air yang berwarna

Santan

Gula

Daun Pandan

Secubit Garam

 

Cara penyediaan:

  1. Uli tepung gandum dengan menambah air yang berwarna
  2. Selepas itu, canai dan masak atas kuali / pan tanpa minyak. 
  3. Kemudian, potong panjang dan gunting.
  4. Akhir sekali, masuk dan masak bersama santan, gula, daun pandan dan secubit garam. Perasa kan mengikut citarasa anda. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mas Ryana (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0