in ,

Bubur Lobak Merah. Bukan Guna Pewarna, Memang Betul-Betul Rebus Dan Kisar Carrot Ni Jadi Bubur.

Zaman moden ini, memang pelbagai benda yang diperbaharui, termasuklah dalam masakan. Tetapi, pembaharuannya tidak lah begitu pelik. Semuanya kreatif dan menarik. Ada juga yang menarik untuk kanak-kanak. Seperti seorang pengguna Facebook ini, dimana beliau membuat Bubur ala Bubur Chacha tetapi membuat adunan Lobak Merah sendiri. Bukan adunan sahaja, tetapi betuknya juga carrot. Jom buat!

Terima kasih Aishah Ismail untuk perkongsian resipi Bubur Carrot ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung pulut

Sebatang carrot

3 sudu makan tepung gandum

Secubit garam

Cara membuat:

  1. Rebus empuk lobak merah dan kemudian blend.
  2. Campur tepung pulut, tepung gandum, garam dan carrot tadi. Masukkan sedikit air (jangan banyak sangat, nanti jadi lembik.
  3. Apabila sudah menjadi doh, bentukkan seperti lobak merah/carrot. Rebus macam buat buah melaka, bila terapung tanda sudah masak. 
  4. Selepas itu, masak santan gula melaka. 
  5. Apabila sudah mendidih, masukkan carrot tadi. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Aishah Ismail (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0