in ,

Bukan Apam Biasa, Ini Dia Apam Corak Dan Warna Paddlepop. Cantik Betul Hasilnya!

Baru sahaja Admin kongsikan resipi Apam Cheese. Kali ini, Admin kongsikan resipi Apam bercorak Paddlepop pula. Kalau anda biasa makan aiskrim Paddlepop yang berharga RM 1 sahaja, mesti tahu corak pada perkongsian resipi Apam ni. Cantik kan? Jom cuba. 

Terima kasih Fitrah Qaseh Rich untuk perkongsian resipi Apam Paddlepop ini 🙂

Bahan-bahan:

140 gram tepung gandum

1 ½ sudu kecil baking powder

90 gram gula halus (resepi asal 100 gram manis, jadi kurangkan)

75 ml susu full cream

1 sudu makan ovalette

2 biji telur (gred B)

Sedikit esen vanila

Inti blueberry

Pewarna

Cara membuat:

  1. Pukul telur, ovalette dan gula halus hingga kembang gebu putih. Bahagian ini paling penting supaya apam naik cantik dan buncit-buncit nanti.
  2. Apabila sudah yakin adunan kembang gebu, baru masukkan tepung gandum dan baking powder yang sudah diayak. Selang selikan dengan susu full cream. Pukul bagi sebati, kemudian masukkan esen vanilla dan kacau bagi sebati.
  3. Bahagikan adunan ikut warna. Ambil 1 sudu dan warna kan turquoise, 1 sudu lagi warna kan pink dan selebihnya warna kuning. Warna kuning utk base. Pink dan turqoise untuk lorek-lorek atas tu je.
  4. Masukkan dalam piping bag.
  5. Paip kan adunan yang sudah siap warna dalam cup separuh, selepas itu paip kan inti bluberry tadi dan tutup adunan atas sampai penuh.

*Pastikan penuh, baru lah cantik naik apam nanti.

  1. Selepas itu titik-titikkan guna adunan warna lain pula. Kemudian, lorekkan guna lidi.
  2. Sudah siap semua, baru mula mengukus. Air kukusan sudah mendidih, baru letak apam. Penutup kukus perlu dibalut dengan kain supaya air kukus tidak menitik jatuh atas apam.

*Pastikan api jangan terlalu besar. Sedang-sedang sahaja. Set time kukusan pada 13 minit sahaja. Jangan lebihkan masa, nanti apam akan merekah. Sudah siap, angkat dan sejukkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Fitrah Qaseh Rich (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0