in ,

Bukan Roti, Tapi Ini Adalah Kek Unicorn Yang Lembut Macam Kapas. Rugi Kalau Tak Try!

Makanan yang menggunakan pelbagai warna seperti warna pelangi ini nampak begitu menarik. Lebih-lebih lagi pada kanak-kanak, mesti mereka berebut nak makan. Perkongsian resipi kali ini sangat menarik. Nampak seperti Roti Pelangi Yang Pernah Viral, tapi ianya bukan. Ini adakah Kek Unicorn. Cantik kan rupanya?

Terima kasih Zaimah Zakaria untuk perkongsian resipi Unicorn Ogura Cake ini 🙂

Bahan-bahan:

(Bahan A)

5 biji telur kuning

1 biji telur

85 gm santan pekat (kotak)

40 gm minyak masak

95 gm tepung kek

1 sudu kecil esen vanilla

(Bahan B)

5 biji telur putih

85 gm gula aising

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil cream of tartar

Pewarna biru, purple, pink dan kuning

Cara membuat:

  1. Campurkan semua bahan A menggunakan whisk sahaja. Kemudian, ketepikan.
  2. Putar telur putih dengan garam dan cream of tartar.
  3. Apabila sudah berbuih, masukkan sikit demi sedikit gula icing. Mixer sampai jadi meringue (bertanduk).
  4. Masukkan 1 senduk ke dalam adunan A dan kacau sebati. Kemudian, masukkan lagi meringue. Kacau-kacau lagi.
  5. Selepas itu, masukkan selebihnya ke dalam adunan A. 
  6. Bahagi kan kepada beberapa wana dan masuk ke dalam loyang 8″. Buat secara bertompok-tompok.
  7. Bakar menggunakan teknik water bath pada suhu 150 atau 160° selama 40 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zaimah Zakaria (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0