in , , ,

Bunga Kobis Goreng. Inilah Masanya Didik Anak Makan Sayur. Nak Buat Kudapan Tengok TV Pun Boleh.

Bukan sebarang goreng, Bunga Kobis Goreng ini diadunkan dengan beberapa rempah untuk menaikkan lagi rasanya. Apa yang unik, ia disalut dengan tepung suji. Tepung suji digunakan bagi memberikan tekstur rangup.

Tepung suji terhasil daripada penyisihan kulit gandum ketika proses membuat tepung gandum. Warnanya sedikit keperangan dan berbutir-butir serta kadar proteinnya paling tinggi antara semua jenis tepung yang berasaskan gandum. Biasanya tepung ini digunakan untuk menghasilkan makaroni, spaghetti(berbagai jenis pasta), bijirin sarapan, puding, biskut dan juga kek.

Jom ikut cara membuat Bunga Kobis Goreng :

1. Potong bunga kobis.

2. Taburkan sedikit serbuk cili.

3. Masukkan serbuk kunyit.

4. Sedikit serbuk ketumbar.

5. Masukkan lapan sudu tepung jagung, 6 sudu tepung beras, garam dan gula. Boleh juga masukkan perencah ayam).

6. Renjiskan dengan sedikit air dan gaul rata.

7.Masukkan dua sudu tepung suji.

8. Goreng sehingga garing.

9. Goreng daun kari dan taburkan di atasnya.

Sumber : Pari Malar Thoraisingam

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0