fbpx

Burger Malaysia aka Pau Sambal Gebu Gebas.

iCookAsia

Burger Malaysia atau Pau Sambal ini antara menu sarapan yang wajib ada setiap hari kan? Kena pula dengan sambal yang menyengat, menjadikan permulaan hari yang cukup baik.

Resipi perkongsian Princess Scha Zura ini menunjukkan cara menyediakan pau yang gebu dan kulit yang rangup. Untuk resipi sambal, boleh ikut cara di sini.

Sewaktu masukkan inti sambal, goreng ikan bilis garing dan sumbatkan sekali bersama Burger Malaysia ni, memang puas hati makan.

 

Bahan A :

1 1/2 cwn Air suam

1 paket Yis

2 sudu besar Gula pasir

 

Bahan B :

4 1/2 cwn Tepung gandum

2 sudu besar Butter / Marjerin

2 sudu besar Susu pekat manis

1 1/2 sudu kecil Double action baking powder – gunakan yang biasa pun boleh

1/2 sudu kecil Baking soda – merangupkan kulit burger

 

Cara :

  1. Satukan semua bahan A dalam satu bekas dan kacau rata. Kemudian biarkan selama lima minit.
  2. Untuk bahan B pula, satukan semua bahan dan gaul sehingga menjadi serbuk.
  3. Selepas itu masukkan bahan A tadi ke dalam bahan B dan gaul rata. Uli sebati dalam lapan sehingga 10 minit.
  4. Kemudian peram doh dalam bekas tertutup selama 10 minit.
  5. Untuk menguli, tabur tepung dalam loyang dan bulatkan doh mengikut saiz yang dikehendaki. Tekan doh sedikit dan susun di dalam loyang. Peram lagi 20 minit.
  6. Gunakan api sederhana untuk menggoreng dan kena sentiasa terbalikkan supaya tidak hangus.

Kredit resipi & foto : Princess Scha Zura

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x