fbpx

Burnt Cheesecake Guna Airfryer. Sedap Sampai Mak Mertua Pun Puji Melambung

iCookAsia

Sekarang boleh dikatakan setiap rumah punya Airfryer kan? Bukan sahaja memudahkan kerja, malah hidangan pun bertambah sihat. Iyalah, kalau menggoreng ikan atau ayam, tidak perlu lagi menggunakan minyak yang banyak, hanya spray minyak dan set kan masa, siap.

Kali ini jom belajar cara membuat Burnt Cheesecake menggunakan Airfryer. Apa yang penting, mak mertua pun bagi pujian tau, bertambah sayanglah lepas ni.

Penangan AF memang power

Cheese cake hari tu abang bagi MIL rasa. Mak mertua abang ni dah 30 tahun lebih buat segala macam jenis kuih muih untuk tempahan. Risau juga abang 😅

Semalam MIL datang cakap sedap sangat cheese cake hari tu!

Apalagi abang pun dengan pantas terus ke kedai beli lagi bahan.

Abang buat dua biji terus.

Ok bila buat dua biji berturutan abang dapat keputusan macam ni:

1. Kalau blend sambil campur satu demi satu bahan akan beri tekstur kek yang lebih cantik.
2. Loyang non-stick membakar dengan lebih cantik berbanding loyang di alas baking paper.
3. AF yang dah preheat perlu menggunakan suhu yang lebih rendah.
4. Walau macam mana burnt sekalipun kulitnya, isi di dalam kek tetap sedap.

Kesimpulannya walau apa jenis AF pun korang guna, korang tetap boleh buat cheese cake yang sedap ni.

Nah abang bagi resepi lagi sekali.

Bahan :

250 g Cream cheese 250g

½ cawan gula halus

3 biji Telur

2 sb tepung gandum

125 ml Whiping cream

 

Cara :

1. Blend campuran satu persatu sehingga semua bahan lembut dan sebati.
2. Sapu butter di dalam loyang untuk elak kek melekat
3. Masukkan adunan ke dalam loyang 6”
4. AF dengan suhu 180° selama 25 minit.

Dah siap masak, biarkan kek sejuk secara semulajadi. Kemudian simpan di dalam peti sejuk untuk beberapa jam. Kek yang dah sejuk mudah dipotong dan lebih sedap bila dimakan.

Pesan abang: Bukan brand AF yang penting tapi kerajinan yang menentukan

Sumber : Rizal KingRiz

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x