fbpx

Cara Asas Membuat Doh. Sukatan Mudah Faham. Dah Sejuk Pun Masih Lembut Lagi.

iCookAsia

Resipi perkongsian Cik Pooja ini cukup sesuai untuk digunakan bagi mereka yang baru ingin berjinak-jinak membuat kuih. Caranya cukup mudah dan doh asas ini juga masih lembut walaupun sudah sejuk.

 

Bahan :

5 cwn Tepung gandum

1 pek Mauripan

1 cwn Air suam – suam kepanasan, bukan suam sejuk

2 sb Susu pekat

Secubit garam

3 sb Marjerin

 

Cara :

 

Satukan semua bahan dan uli dengan penuh kasih sayang. Mula-mula uli akan melekat di tangan. Uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan.
Terpulang untuk tutup doh atau tidak. Pemilik resipi hanya meletakkannya di bawah tudung saji supaya doh terdedah kepada angin. Doh akan kering cantik. Rehatkan doh selama 25 hingga 30 minit.

Kejadian doh selepas direhatkan. Boleh mula membuat roti atau kuih.

Kredit resipi & foto : Cik Pooja

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x