X

Cara Buat Agar-Agar Santan Pandan. Pencuci Mulut Yang Mudah Dan Sedap!

Musim bulan puasa mesti akan banyak jumpa kuih ini iaitu Agar-Agar Santan. Dengan rasanya yang lembut bila dimakan dan tidak jemu sedikit pun. Jika dimakan ketika sejuk pun best. Kalau anda biasa bila, apa kata kali ini cuba buat sendiri pula.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Nor Syariza perkongsian resipi Agar-Agar Santan ini 🙂

Bahan-bahan:

20 g agar-agar tali

1 cawan santan pekat

1 biji telur

4 cawan air

1 cawan gula (kurangkan sedikit jika tidak suka manis)

1/2 sudu kecil garam

2-3 helai daun pandan

Beberapa titik pewarna hijau

Cara membuat:

  1. Mula-mula, basuh agar-agar dan masukkan ke dalam periuk bersama air.
  2. Masak sehingga mendidih dan agar-agar larut. Masukkan gula masak sehingga sebati.
  3. Kemudian, pukul sedikit telur bersama santan.
  4. Masukkan air daun pandan, pewarna hijau dan garam serta kacau sebati. Kemudian tapiskan supaya tiada ketulan apabila masak nanti.
  5. Tuang bancuhan santan dan telur ke dalam agar-agar dan kacau sehingga mendidih untuk seketika.
  6. Akhir sekali, tuang ke dalam loyang dan sejukkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nor Syariza(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Categories: Articles Recipes
iCookAsia:

This website uses cookies.

Read More