X

Cara Buat Apam Balik Homemade Sama Macam Di Pasar Malam. Sedap Ni!

Kalau teringin nak makan Apam Balik, boleh buat sendiri sahaja. Senang sahaja tau dan yang paling penting, boleh letak inti banyak-banyak mengikut kesukaan masing-masing, sedap dan lembut pula tu. Buat makan petang-petang pun best n.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Zaimah Zakaria perkongsian resipi Apam Balik Homemade ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

1 1/2 cawan air

1 biji telur

2 cawan tepung gandum

½ cawan gula pasir

1/2 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil esen vanilla (Boleh tambah)

Bahan B (Untuk Inti):

Jagung krim

Gula

Kacang tanah (Ditumbuk kasar)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan air ke dalam pengisar.
  2. Seterusnya, masukkan bahan-bahan A di atas.
  3. Pastikan untuk kisar sehingga sebati kesemua bahan tersebut.
  4. Masukkan 1 senduk besar dalam kuali non-stick.
  5. Seterusnya, taburkan kacang tanah, gula dan jagung.
  6. Akhir sekali, apabila sudah masak, lipat dua apam balik tadi dan angkat.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zaimah Zakaria(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Categories: Articles Recipes
Tags: apam balik
iCookAsia:

This website uses cookies.

Read More