fbpx

Cara Buat Apam Balik Macam Di Gerai Tepi Jalan. Resepi Untuk Musim PKP Ini.

iCookAsia

Apabila tiba waktu petang, sudah pasti anda mencari makanan yang untuk dimakan. Perut tak lapar, tapi mesti lah nak mengunyah sambil berehat. Dan Admin pasti, hidangan Apam Balik ini sesuai untuk makan petang anda. Tetapi, anda jangan risau. Tidak perlu beli di luar dah. Boleh cuba buat sendiri tau. 

Ada dua jenis Apam Balik ni; nipis dan tebal. Anda boleh buat dua jenis Apam Balik ini dengan menggunakan resepi yang sama. Hanya perlu adjust kuantiti adunan itu sahaja. Mudah je. Jom buat.

Terima kasih EmyRul Nurul untuk perkongsian resipi Apam Balik ini 🙂

Bahan-bahan:

*Susu segar 1 1/2 cawan

*Telur 1 biji

*Gula 1/4 cawan

*Pewarna kuning

*Tepung gandum 2 cawan

*Baking powder 1 sudu kecil

*Soda bikarbonat 1 sudu kecil

*Garam 1/2 sudu kecil

Gula untuk tabur 

Kacang tanah untuk tabur (digoreng dahulu dan dikisar)

Jagung untuk tabur

Cara membuat:
1. Kisar bahan bertanda (*)
2. Biarkan bahan selama 10-15 minit selepas di kisar.
3. Tujuan dikisar supaya bahan cantik sekata.


4. Masuk dalam 3 senduk adunan yang di kisar pada atas pan.


5. Kecilkan api. Biarkan sampai adunan tadi masak.


6. Sapu marjerin. Tabur gula pasir. Tak suka manis letak sikit sahaja. Tabur kacang tanah yang telah di goreng dan di kisar. Letak cream corn. Tak letak pun tak mengapa, kalau sape yang tak suka jagung.


7. Boleh terbalikkan dengan spatula. Sapu marjerin pada luar permukaan Apam Balik.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: EmyRul Nurul (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x