fbpx

Cara Buat Bubur Jagung Yang Mudah, Sedap Pekat Dan Berkrim Rasanya

iCookAsia

Setiap kali selepas makan mesti terasa nak makan dessert kan? Apa kat cuba buat Bubur Jagung ini. Sedap dan pekat berkrim rasanya. Nak buat pun mudah sahaja. Kalau nak lagi sedap, letak dalam peti dan keluarkan bila nak makan. Memang nikmat makan sejuk-sejuk.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Rozmaliza Omar perkongsian resipi Bubur Jagung ini 🙂

Bahan-bahan:

4 tongkol jagung (dihiris)

1/2 cawan beras pulut (dibasuh dan toskan) 

2 helai daun pandan (disimpul)

2 1/2 cawan santan pekat

2 keping nissan

1/2 cawan gula (ikut kemanisan kita)

Air secukupnya (ikut kepekatan bubur)

Cara membuat:

  1. Masukkan jagung yang telah dihiris, beras pulut yang telah dibasuh dan toskan ke dalam periuk. Masukkan air ikut kepekatan yang di ingini
  2. Kemudian, rebus hingga jagung empuk dan pulut kembang.
  3. Masukkan gula melaka, gula, sedikit garam dan daun pandan yang telah disimpul.
  4. Setelah nisan dan gula hancur, masukkan santan pekat. Kacau sehingga kesemua bahan sebati dan mendidih.
  5. Pastikan untuk sentiasa dikacau takut pecah minyak.
  6. Sekiranya tak manis boleh tambah gula putih mengikut citarasa sendiri. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Rozmaliza Omar(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x