fbpx

Cara Buat Jeruk Pedas Buah Sentul, Memang Ketagih Makan Ni

iCookAsia

Kalau balik kampung di Pantai Timur, mesti ramai yang tahu akan Jeruk Pedas Buah Sentul yang sangat sedap dan boleh buat ketagih nak makan lagi bagi sesiapa yang suka kan buah ini. Bukan itu sahaja, ia juga dikenali sebagai Buah Sto atau Setui.

Jom Admin share cara nak buat.

Terima kasih Mazah Dollah untuk perkongsian resipi Jeruk Pedas Buah Sentul ini 🙂

Bahan-Bahan:

4 sudu besar garam (Untuk rendam)

1/2 kg gula

2 keping nisan kerek atau gula melaka

3 mangkuk air

2 sudu besar cili kering yang di mesin

2 sudu besar cuka

1 sudu besar garam untuk masukkan dalam air gula

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, kupas kulit buah sentul, cincang buah dengan pisau  tetapi pastikan untuk tidak sampai putus tau. Cuci dan toskan.
  2. Rendam dalam air garam sehingga buah tenggelam selama 1 malam.
  3. Kemudian, toskan sehingga kering.
  4. Masak air, cili mesin sehingga mendidih dan pastikan cili betul-betul masak
  5. Kemudian, masukkan nisan kerek dan gula serta cuka dan garam. Didihkan sehingga semuanya hancur .
  6. Sejukkan terlebih dahulu air gulanya.
  7. Masukkan buah yang telah ditoskan ke dalam botol dan tuangkan  air gula tadi sehingga menutupi buah.
  8. Simpan di dalam peti ais. Selepas dua hingga tiga hari bolehlah dinikmati bersama keluarga tersayang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mazah Dollah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x