fbpx

Cara Buat Kek Marble Tanpa Menggunakan Oven? Confirm Sedap.

iCookAsia

Buat kek ni pelbagai cara boleh kita guna. Antara cara yang paling mudah untuk menghasilkan kek marble yang lembut dan gebu adalah dengan menggunakan Low Pressure Cooker daripada SHEFU. Jom cuba resipi daripada Chef Lin ini.

Bahan-bahan:

½ cawan mentega
¾ cawan gula kastor
2 biji telur Gred A
1½ cawan tepung naik sendiri
¼ sudu kecil soda penaik
½ cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar serbuk koko

Cara Membuat:

1. Pukul mentega dan gula sehingga gebu.
2. Masukkan sebiji demi sebiji telur. Putar sebati.
3. Campurkan tepung dengan soda penaik.
4. Masukkan secara berselangseli dengan susu ke dalam adunan.
5. Masukkan vanila. Kacau sebati.
6. Bahagikan adunan menjadi dua bahagian.
7. Masukkan koko ke dalam satu bahagian.
8. Alas dasar SHEFU Low Pressure Cooker dengan kertas silikon, kertas baking, kertas silikon dan kertas baking. Lengser dengan marjerin.
9. Sudukan adunan secara berselangseli ke dalam cooker.
10. Tutup kemas dan masak di atas api paling perlahan selama 35 minit.
11. Cucuk dengan lidi untuk pastikan ia sudah masak atau sebaliknya.
12. Tambah 5 minit lagi jika belum masak. Keluarkan dari cooker dan hidangkan.

Selamat mencuba!

Jom dapatkan barangan dapur di – https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x