fbpx

Cara Buat Kuih Loyang / Kuih Ros Bersama Lisa Surihani

iCookAsia

Kuih Ros yang juga dipanggil dengan nama Kuih Loyang ini sedap dimakan kerana rasanya yang manis dan rangup. Resipi tradisi Melayu ini sangat mudah. Buat anda yang mempunyai acuan untuk membuat Kuih Ros ni, boleh la cuba buat di rumah.

Resipi Kuih Ros ini diambil daripada buku Malaysia’s Culinary Heritage, hasil kerja Datin Kalsom dan Datin Hamidah.

Anda boleh dapatkan buku ‘Malaysia’s Culinary Heritage’ ini secara ‘online’ di – https://shop.icookasia.com/

Bahan-bahannya:
2 Acuan untuk membuat Kuih Ros
Minyak Masak ALIF

500g tepung beras
80g tepung serbaguna
250g gula
1 biji telur (Grade A)
250ml santan
1 tbsp air kapur
1/2 tsp garam

Cara Membuat:
1. Masukkan tepung beras, tepung gandum, gula, telur, santan, air kapur, garam ke dalam tempat pengisar dan kisar sehingga adunan lembut.
2. Tapis bancuhan ke dalam mangkuk adunan. Tutup mangkuk dan biarkan selama satu jam.
3. Tuangkan minyak masak ALIF separuh daripada periuk masak yang kecil untuk acuan kuih ros dipanaskan dan periuk masak yang besar untuk menggoreng. Panaskan minyak pada suhu sederhana.
4. Masukkan acuan loyang kuih ros ke dalam periuk masak yang kecil dan tunggu sehingga panas.
5. Celup 3/4 bahagian acuan tersebut yang sudah panas ke dalam adunan dan goreng dalam periuk masak yang besar untuk digoreng selama 1 hingga 2 minit.
6. Goreng sehingga kuih ros telah bertukar warna keperangan dan rangup.
7. Goyangkan kuih ros dan gunakan lidi pencucuk untuk memisahkan kuih daripada acuan. Angkat kuih ros dan letakkan ke piring bersama tisu kertas untuk diserap minyak berlebihan.
8. Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba!

Video resipi ini adalah hasil kerjasama Sime Darby Oils dan Kalsom Taib Publishing.

Untuk maklumat lanjut tentang Sime Darby Oils, sila layari: https://www.simedarbyoils.com/ atau di:
Instagram: https://www.instagram.com/simedarbyoils/?hl=en
Facebook: https://www.facebook.com/simedarbyoils/
Facebook Minyak Masak ALIF: https://www.facebook.com/officialMinyakMasakALIF/
YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCuJFGGhM3Y35x-8ckmyH3_A

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x