fbpx

Cara Buat Kulit Karipap Dengan Mudah. Campur Daun Sup Dalam Adunan, Lebih Sedap.

iCookAsia

Kuih tradisi, Kuih Karipap ini menjadi kegemaran ramai. Kanak-kanak pun turut suka dengan kuih karipap ini. Senang je nak buat sebenarnya. Untuk inti kentang boleh sahaja buat seperti lauk kari seperti biasa dan sama seperti inti Sardin. Tetapi rahsia Karipap yang sedap sudah pasti pada kulit karipapnya sendiri. 

Kalau anda biasa buat Karipap versi cepat iaitu menggunakan Roti, anda patut cuba buat adunan sendiri kali ini. Ikut cara seorang pengguna Facebook ini dimana beliau menambahkan daun sup dalam doh. Nampak berlainan sikit, tapi mesti lagi sedap kan?

Terima kasih Sal SY untuk perkongsian resipi Kulit Karipap ini 🙂

Bahan-bahan:

500g Tepung gandum

1 sudu kecil garam

1 sudu besar marjerin

1 sudu besar shortening

1 cawan air

Daun sup (dicincang halus)

Cara membuat:

  1. Larut garam dalam air dan tuangkan air kedalam tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata.
  2. Masukkan daun sup gaul dan masukkan marjerin dan shortening. Kemudian uli doh hingga licin. 
  3. Apabila siap uli, tutup adunan dan biarkan selama 20 minit baru guna.
  4. Masukkan inti kesukaan anda. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Sal SY (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x