in ,

Cara buat Pau Inti Kaya Saiz Sama Besar Dengan Tapak Tangan. Confirm Puas Makan!

Ada yang peminat Pau disini? Menjadi kebiasaan untuk kita beli sahaja kan Pau ini. Jarang nak jumpa sendiri buat. Tapi sebenarnya senang sahaja nak buat Pau ini dan berbaloi. Sebab kita boleh letak inti sebanyak yang kita suka dan boleh dimakan segar-segar. Orang putih kata “fresh from oven”. Begituuu!

Jom kita cuba buat Pau mengikut resepi daripada seorang pengguna Facebook ini. Hasilnya lembut dan gebu. Saiz pula sebesar tapak tangan. Mak aihhh!  

Terima kasih Siti Hadirah untuk perkongsian resipi Pau ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan air suam

½ paket yis

2 sudu besar gula pasir

*campur semua bahan dan biar sehingga kembang dan berbuih.

Bahan-bahan lain:

3 sudu besar minyak masak

1 sudu kecil garam

3½ cawan tepung gandum (kalau lembik boleh tambah tepung sikit)

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil bread softener

*campur kesemua bahan sekali.

Cara membuat:

  1. Gaul tepung, minyak masak dan garam sehingga menjadi serbuk roti.
  2. Tuang bancuhan yis ke dalam tepung, uli sehingga doh menjadi licin.
  3. Masukkan inti dan bulatkan. Biar dalam 20 minit atau hingga kembang.
  4. Panaskan air kukusan dan pastikan air betul-betul mendidih sebelum masukkan pau tadi. 
  5. Kukus 7 minit sahaja tau. Jangan terlebih minit nanti pau jadi kerepot. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Hadirah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.