fbpx

Cara Buat Somtam Ayam Goreng. Sedap Untuk Diratah Begitu Sahaja. Nikmatnya!

iCookAsia

Hidangan Somtam ini berasal daripada Thailand. Salad campuran ala Thailand yang mempunya rasa yang masam-masam manis. Selalu dijadikan sebagai hidangan simpangan. Tetapi kali ini, jom kita cuba buat Somtam lebih mengenyangkan dengan menambahkan isi ayam. 

Resepi Somtam Ayam Goreng ni memang menyelerakan. Senang terus dimakan bersama nasi putih panas-panas. Puas betul kalau makan ni!

Terima kasih Rozmaliza Omar untuk perkongsian resipi Somtam Ayam Goreng ini 🙂

Bahan-bahan:

2 keping isi dada ayam 

1 biji mangga muda/lemak (saya tambah)

2-3 ulas bawang putih

3 sudu besar thai palm sugar/ gula kabung siam

4 biji buah tomato 

6 -8 biji cili padi

4 sudu besar sos ikan/ nampla sauce

1- 2 biji limau nipis (ambil jusnya)

1 labu bawang holland (dihiris nipis)

1 sudu kecil thai cili flake (optional)

Kacang panjang  (dihiris kasar)

Daun ketumbar                 

Sedikit ajinomoto

Cara membuat:

  1. Isi dada ayam dipotong kecil dan gaulkan dengan tepung goreng ayam bestari rata-rata. Goreng hingga kekuningan. Ketepikan.
  2. Masukkan gula kabung, bawang putih dan cili padi ke dalam lesung, tumbuk kasar-kasar atau separuh hancur. 
  3. Masukkan tomato dan tumbuk kasar/ tenyeh-tenyeh biar hingga keluar jusnya. 
  4. Masukkan sos ikan, jus limau dan ajinomoto.
  5. Gaul sebati dan secukup rasa. Mesti ada rasa pedas-pedas manis dan masam. Masukkan cili flakes jika guna.
  6. Masukkan ayam goreng, mangga yang diparut, kacang panjang dan bawang holland.
  7. Gaul sebati secukup rasa dan sedia untuk dihidang bersama nasi panas.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Rozmaliza Omar (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x