fbpx

Cara Buat Sos Black pepper Sendiri Di Rumah. Sedap Ni Makan Dengan Chicken Chop.

iCookAsia

Tak lengkap hidangan Chicken Chop, Lamb Chop tanpa sos Black pepper. Betul tak? Kalau boleh nak banyak sos tu sebab satu bekas kecil pasti tak cukup. Lagi banyak lagi sedap. 

Jangan risau. Jom kali ni kita cuba buat sendiri di rumah. Bahan-bahan pun mudah je nak dapat. Lepas ni boleh lah buat Chicken/Lamb Chop di rumah dan nikmati Sos Black pepper ini dengan puas. 

Terima kasih Jasmin Nimsajlun untuk perkongsian resipi Sos Black pepper ini 🙂

Bahan-bahan:

Cendawan dalam tin (bahagi kepada 2; 1 untuk dikisar,1 lagi potong halus untuk letak dalam sos)

Bawang Holland 1 labu (bahagi kepada 2; ½ untuk dikisar, 1/2 dipotong halus)

3 sudu besar black pepper

**Kisar cendawan, blackpepper, bawang Holland separuh dengan air sedikit. 

Bahan-bahan lain:

4 ulas bawang putih (dicincang)

2 sudu besar tepung gandum 

1 senduk susu full cream

½ kiub ayam 

1 sudu besar sos Black pepper

1 sudu besar sos tiram

1 senduk kicap manis

1 sudu besar mentega

Sedikit minyak

1 cawan air

Cara membuat:

  1. Panaskan minyak dengan mentega. Kemudian tumis bawang putih dan bawang Holland sampai layu. 
  2. Masukkan tepung, kacau sebati dan baru masukan bahan kisar. 
  3. Masukkan cendawan, susu, sos tiram, sos black paper, kiub ayam dan kicap. Kacau sebati.
  4. Masukkan air 1 cawan dan masak sampai mendidih.

Nota: Hasilnya tidak cair dan tak pekat. Sedang-sedang sahaja. Pedas pun mild sahaja. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Jasmin Nimsajlun (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x