fbpx

Cara Buat Sup Tauhu Telur Yang Mudah Dan Sedap Rasanya

iCookAsia

Kalau tak tahu nak makan apa dan nak hidangan yang mudah, boleh cuba Sup Tauhu Telur ini. Hanya menggunakan bahan yang mudah sahaja dan paling penting, sedap tau. Nak makan waktu demam pun best, rasa menyegarkan je.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Siti Zanariah Khalit perkongsian resipi Sup Tauhu Telur ini ๐Ÿ™‚

Bahan-bahan:

Tauhu telur (goreng dengan minyak yang betul-betul panas)

Bawang putih (cincang)

Serbuk lada hitam

Udang atau isi ayam

2 sudu besar sos tiram

Cendawan shimeji atauย  fresh shitake

Lobak merah (hiris halus memanjang)

Daun sup (hiris)

Tepung ubi (bancuh dengan sedikit air, kalau nak ganti dengan tepung jagung pun boleh)

2 biji telur (pukul dengan garfu)

Garam

Serbuk perasa (kalau suka)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan udang atau ayam dan serbuk lada hitam.
  2. Masukkan sos tiram, air dan cendawan.
  3. Apabila sudah mendidih, masukkan lobak merah dan perasakan dengan garam sambil kacau kuah sup tuang bancuhan tepung ubi. Jangan sampai bergentel.
  4. Seterusnya, masukkan tauhu yang sudah digoreng.
  5. Perlahankan api dan tuangkan telur yang sudah dipukul tadi secara lingkaran (maksudnya jangan tuang setempat).
  6. Biarkan dalam dalam beberapa saat. Tutup api kemudian baru dikacau. Tujuannya supaya telur tersebut nampak seperti bertali.
  7. Akhir sekali, baru tabur daun bawang dan kacau rata.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! ๐Ÿ˜‰

Kredit resipi dan gambar: Siti Zanariah Khalit(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x