fbpx

Cara Buat Tapai Style Mak. Puas Hati Makan.

iCookAsia

Selalunya kalau makan tapai yang dijual, memang tak puas, Baru makan beberapa sudu, dah habis. Sebab itu jika mahu makan sepuas hati, kena belajar cara menyediakannya dan buat sendiri di rumah.

Tapai merupakan proses fermentasi atau penapaian yis dan bakteria. Sumber kanji seperti nasi, ubi kayu, pulut atau pulut hitam akan diadun dengan ragi dan diperap semalaman.

Dan proses ini menguraikan kanji kepada gula dan menukarkan gula kepada alkohol dan karbon dioksida. Sebab itu tapai punya rasa manis, lembik dan bergas.

Jom kita ikut cara Jamiana Binti Amir buat tapai.

 

Cara :

  1. Cuci pulut sehingga bersih sehingga air menjadi jernih. Rendam semalaman.
  2. Selepas itu kukus pulut sehingga masak. Selepas masak, angkat dan masukkan ke dalam besen dan siramkan dengan air panas mendidih. Anggaran sekilo beras bersamaan tiga cawan air. Gaul sehingga air meresap ke dalam pulut.
  3. Taburkan pulut tadi ke dalam dulang dan biarkan ia betul-betul sejuk.
  4. Selepas itu, tabur ragi yang telah dihancurkan menjadi serbuk dan gaul sebati. Sukatan bagi ragi ialah empat biji untuk dua kilo pulut.
  5. Bulatkan pulut yang telah sejuk mengikut saiz yang disukai. Tekan dan padatkan supaya pulut tidak terlerai.
  6. Susun ke dalam bekas dan selang selikan dengan alas daun pisang yang dipotong mengikut bekas. (rujuk gambar).
  7. Tutup bekas dan peram selama dua hari atau sehingga betul-betul masak.
  8. Jika suka tapai yang jenis berair, selepas diperam dalam masa 24 jam, siram tapai dengan satu gelas air suam.

Kredit resipi & foto : Jamiana Binti Amir

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x