fbpx

Cara Kreatif Buat Cheesekut Warna Pelangi. Ini Gerenti Satu Bekas Tak Cukup!

iCookAsia

Cheesekut Milo, Horlicks, Nestum. Haa.. itu yang biasa kita dengar. Tapi pernahkah anda dengar Cheesekut Pelangi? Terfikir tak macam mana rupanya? Berwarna warni ke?

Ye betul! Resipi Cheesekut Pelangi daripada Ling Yusuf buat ramai terkesima dengan rupa yang nampak ceria dan meriah. Boleh lah lepas ni, anda cuba buat di rumah dan untuk tetamu nanti. Mesti semua excited tengok Cheesekut ni, hehe…

Terima kasih Ling Yusuf untuk perkongsian resipi Cheesekut Pelangi ini 😀

Bahan-bahan:
500gm cream cheese (boleh guna Tatura Cream Cheese)
1 tin susu pekat
Roti saltcheese
Pewarna (mengikut citarasa anda)

Untuk pengetahuan anda, Saltcheese ni, boleh dapatkan di mana-mana kedai yang menjual bahan kek. Atau, menurut Ling Yusuf, selain Saltcheese ni, anda boleh gantikan atau guna Biskut Crackers untuk resipi Cheesekut Pelangi ini.

Cara membuat:
1. Pukul cream cheese dan susu pekat.
2. Rendam roti dalam air susu (baki susu) rendam bagi basah. Buat satu per satu. Selepas itu, susun dalam acuan.
3. Ambil acuan cream cheese dan susu tadi dan letak ke dalam mangkuk. Selepas itu, letak kan pewarna sikit dan kemudian curah kan ke atas roti tadi. Ratakan.
4. Susun semula roti atas cream cheese. Dan ulang step sehingga habis.
5. Masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.

Mudah kan? Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ling Yusuf (Facebook)

 

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x