fbpx

Cara Kreatif Membuat Kuih Popular Ini. Guna Keledek Betul, Bukan Pewarna Ungu Untuk Membuat Karipap Keledek Inti Kentang.

iCookAsia

Karipap merupakan kuih tradisional yang sangat popular pada waktu sarapan pagi. Terdapat banyak gerai yang menjual kuih ini dan kuih ini antara kuih yang wajib ada. Betul tak?

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook telah berkongsi kan resipi Karipap inti kentang. Tetapi yang menariknya, kulit karipap lain daripada lain tau. Beliau menggunakan keledek. Bukan pewarna ungu tau. Betul betul keledek tau! Wow boleh cuba ni.

Terima kasih Norfadilah Ibrahim untuk perkongsian resipi Karipap Keledek Inti Kentang ini 🙂

Cara membuat Kulit Karipap Keledek Inti Kentang:

  1. Keledek di rebus dan kemudian tos/ buang air. Kisarkan dengan menggunakan sedikit air sahaja. 
  2. Dalam mangkuk lain, letak tepung gandum dan tambahkan sedikit garam. 
  3. Panaskan minyak masak. Apabila sudah panas minyak, curah kan pada tepung tadi. Kacau-kacau dengan menggunakan senduk kayu hingga sebati.
  4. Selepas itu, masukkan keledek yang sudah di blender tadi. Baru adun dengan sedikit air. Gaul doh macam biasa sahaja.

Cara membuat Inti Karipap Kentang:

  1. Potong dadu kentang dan rebus seketika dan ketepikan.
  2. Tumis bahan (bawang merah, bawang putih, bilis, cili api sedikit). Apabila sudah naik bau, masukkan rempah kari sedikit dan selepas itu, masukkan air sikit, perasakan garam gulanya.
  3. Akhir sekali masukkan kentang yang sudah direbus tadi bersama daun sup.
  4. Kacau sampai kering.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Norfadilah Ibrahim (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x