fbpx

Cara Masak Mee Rebus Paling Simple. Kisar Keledek Dan Ubi Kentang Untuk Kuah Yang Pekat Dan Kaw.

iCookAsia

Peminat Mee Rebus wajib cuba resipi hasil perkongsian Puan Aisyah Sabberi ini. Cara menyediakannya cukup mudah, namun keledek dan ubi kentang merupakan bahan utama yang wajib ada untuk membuatkan kuahnya lebih kick dan padu.

 

Bahan kuah :

1 kg Ubi keledek – rebus

3 biji Ubi kentang – rebus

100 gm Udang kering

2 biji Bawang besar*

5 biji Bawang merah*

7 ulas Bawang putih*

3 inci Halia*

15 tangkai Cabai kering – rebus

 

Cara :

  1. Rebus ubi keledek dan ubi kentang sehingga empuk. Selepas itu rehatkan sebentar dan kisar kedua-duanya sehingga lumat.
  2. Kisar udang kering dan ketepikan.
  3. Kemudian kisar bahan bertanda * sehingga lumat dan ketepikan.
  4. Akhir sekali kisar cabai kering sehingga lumat dan ketepikan.
  5. Panaskan minyak dan tumis bahan bawang yang telah dikisar sehingga kekuningan. Kemudian masukkan udang kering dan tumis sehingga naik bau.
  6. Selepas itu masukkan cabai kering dan tumis sehingga pecah minyak.
  7. Masukkan ubi yang telah dikisar.
  8. Waktu ini boleh masukkan ayam/daging/udang. Daging harus direbus sehingga empuk terlebih dahulu. Air daging jangan dibuang. Masak sehingga mendidih.
  9. Perasakan dengan gula dan garam.
  10. Kuah siap.

 

Bahan hiasan :

Telur

Sawi – celur

Taugeh – celur

Cabai besar

Bawang goreng

Kredit resipi & foto : Puan Aisyah Sabberi

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x