fbpx

Cara Masak Pucuk Ubi Goreng Style Dato Rizalman. Pastikan Guna Kuali Yang Besar Supaya Senang Nak Gaul Sebati.

iCookAsia

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pereka fesyen terkenal iaitu Dato’ Rizalman kan? Beliau juga pernah berkongsikan beberapa resipi di laman sosial media beliau dah telah menjadi inspirasi ramai orang untuk mencuba resipi tersebut. Seperti pengguna Facebook ini, yang telah mencuba resipi daripada Dato’ Rizalman dan kongsikan resipi ini dengan cara tersendiri. 

Nampak sedap kan? Jom cuba!

Terima kasih Zuraini Alias II untuk perkongsian resipi Pucuk Ubi Goreng ini 🙂

Cara penyediaan:

  1. Pucuk ubi di basuh dan lap kering atau dah basuh dikibas-kibas kan bagi airnya kering baru pesiang. Jika ada air nanti semasa goreng boleh buat merecik.
  2. Kemudian gorengkan dalam minyak yang panas dan banyak. Semasa goreng, apabila anda balik-balikkan dengan sudip akan bunyi kruk krak. Itu tanda pucuk ubi sudah cukup garing dan warna pucuk ubi masih kehijauan.
  3. Selepas itu, gorengkan ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
  4. Kemudian, goreng pula ikan masin kurau.
  5. Apabila sudah sejuk, kisar bagi halus.
  6. Untuk Sambal, ambil segenggam cili kering. Buang biji dan rendam air panas kemudian kisar secara kering.
  7. Seterusnya, gorengkan 2 biji bawang besar hiris hingga garing dalam minyak yang sama.

Boleh adjust kuantiti minyak jika perlu.

  1. Gorengkan bawang hingga garing, masukkan cili kering yang telah dikisar tadi.
  2. Masukkan seketul kecil belacan dan sekeping asam keping.
  3. Cili dah cukup garing, masukkan gula dan garam secukup rasa.

*Gula jangan banyak sangat, nanti sambal akan mengeras.

  1. Tutup api, masukkan ikan bilis, ikan masin dan pucuk ubi goreng. Gaul bagi rata. Semasa gaul pucuk ubi akan patah dengan sendirinya. Jadi, gaul manja menggunakan dua sudip supaya pucuk ubi tidak hancur berderai. 
  2. Kemudian masukkan ke dalam tapis besar untuk toskan minyak. Dan barulah di masukkan dalam bekas bertutup seperti dalam gambar atau dalam balang. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zuraini Alias II (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x