fbpx

Cara Membuat Adunan Tepung Untuk Cempedak Goreng. Hasilnya Memang Rangup Betul!

iCookAsia

Apabila buah Cempedak ini dibuat goreng, memang sangat sedap. Bila waktu menggoreng tu, boleh bau harum buah cempedak ini, sampai jiran sebelah boleh bau tau! 

Haa, ada buah cempedak di rumah? Jom Admin kongsikan cara membuat Adunan tepung untuk buat cempedak goreng ini. Memang sedap, dan hasilnya sangat rangup. Rugi betul kalau anda tak cuba. 

Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Tepung Goreng Cempedak ini 🙂

Bahan-bahan:

3 cawan tepung beras

2 biji telur (Gred kecil, kalau A sebiji sahaja)

1 cawan air

3-4 ketul ais kiub

2 sudu besar air kapur (jernih)

1 sudu besar marjerin cair atau minyak masak

Cempedak

Hujung sudu teh serbuk kunyit

Cara membuat:

  1. Campur dan bancuh kesemuanya bahan kecuali serbuk kunyit. Jangan terlalu pekat dan terlalu cair. Jika agak pekat, tambah ketul ais. Kacau jangan bagi berketul. Akhir sekali, baru masukkan kunyit. Gaul rata dan celup cempedak.
  2. Siap untuk digoreng. Panaskan minyak terlebih dahulu. Minyak dah panas baru masukkan cempedak.
  3. Apabila sudah garing dua-dua belah, boleh angkat dan toskan minyak. Kalau suka kerepek rangup tepung, boleh goreng kosong bancuhan tepung. Angkat tinggi dan tuang dalam minyak panas. Nanti banyaklah kepingan kerepek tepung tu.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x