fbpx

Cara Membuat Aiskrim Mangga. Guna Buah Yang Segar, Lagi Bertambah Nikmat. Sejuk Je Tekak…

iCookAsia

Aiskrim Milo dah buat. Sekarang ini, apa kata kita cuba buat Aiskrim yang mengandungi buah-buahan yang segar bugar. Ha… baru nikmat. 

Kalau kebiasaanya mangga susu dijual sebagai hidangan air. Tetapi, nak dijadikan kelainan, Aiskrim Mangga Susu ini sangat perfect untuk penyejuk tekak. 

Terima kasih Nuriza E’za April untuk perkongsian resipi Aiskrim Mangga ini 🙂

Bahan-bahan:

2 tin susu pekat*

2 tin susu cair*

8 ke 9 tin air masak (sukat menggunakan tin susu)*

1 cawan gula*

1 sudu kecil garam*

Kordial mangga

5 sudu besar tepung jagung (dicampur dengan air sedikit, tak nak pun tak apa)

Buah mangga secukupnya 

Cara penyediaan:
1. Masak bahan yang bertanda ( * ) hingga mendidih.
2. Masuk bancuhan tepung jagung dan kacau rata biar mendidih seketika. Tutup api dan tunggu suam dan sejuk, baru masukkan.
3. Ambil kordial mangga untuk kacau sebati. Apabila base susu sudah sejuk, baru boleh buat aiskrim.


4. Selepas itu, masukkan isi mangga ke dalam plastik dan masukkan base mangga dan pintal.
5. Bekukan semalam baru boleh makan ye….

*Kalau rasa manis, boleh tambah air. Adjust mengikut selera masing-masing.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nuriza E’za April (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x