in ,

Cara Membuat Apam Mekar Yang Gebu. Pukul Adunan Hingga Kental, Baru Boleh Dapatkan Mekar Yang Cantik.

Apam Mekar yang menggunakan Soda ini sangat enak di makan. Lebih-lebih lagi pada makan petang bersama air teh. Betul tak? Namun, ada cara nya untuk mendapatkan Apam yang betul betul Mekar dengan cantik. Ikut step-by-step, baru jadi!

Terima kasih Asmidar Mirulieda untuk perkongsian resipi Apam Mekar ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan gula

3 cawan tepung gandum

3 biji telur (tidak kesah apa apa gred)

1 cawan air krim soda

1 sudu besar ovalette

1 sudu kecil esen vanilla

Paper cup

Cara membuat:

  1. Putar gula, telur ovalette dan esen vanilla hingga betul-betul kental.
  2. Selepas itu, masukkan air krim soda dan putarkan secara perlahan. Kemudian masukkan tepung sikit, sedikit demi sedikit. Ketepikan adunan yang sudah sebati tadi. Didihkan air dalam kukusan.
  3. Bahagikan adunan kepada beberapa mangkuk kecil dan tuangkan pewarna pilihan sendiri.
  4. Susun paper cup ke dakam acuan lompang, kemudian letakkan adunan tadi mengikut kreativiti masing-masing.
  5. Kukus adunan selamat 10 minit.
  6. Pastikan penutup kukusan tadi dibalut dengan aluminium foil atau kain yang bersih supaya air tidak menitik atas adunan tersebut.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Asmidar Mirulieda (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0